Terma dan Syarat
Dikemas kini: 16 Ogos 2026
1. Penerimaan Terma
Dengan mendaftar dan menggunakan aplikasi MARC ("aplikasi ini"), anda bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini. Sekiranya anda tidak bersetuju, sila jangan gunakan aplikasi ini.
Aplikasi ini dibangunkan secara sukarela sebagai projek peribadi oleh pembangun (Hafiz Bahtiar), dan bukan aplikasi rasmi, tidak diurus, ditaja atau disahkan oleh MAIWP. Untuk urusan rasmi MAIWP, sila guna saluran rasmi mereka di luar aplikasi ini.
2. Kelayakan Keahlian
Pendaftaran akaun tidak memberi akses automatik kepada ciri penuh aplikasi. Setiap pendaftaran baharu disemak dan diluluskan oleh pihak pengurusan MARC. Kami berhak menolak atau menggantung pendaftaran mengikut budi bicara pihak pengurusan.
3. Tanggungjawab Pengguna
- Anda bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kata laluan akaun anda.
- Maklumat yang anda berikan (nama, telefon, dsb) mesti tepat dan terkini.
- Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kandungan (post, komen, gambar) yang anda kongsi dalam aplikasi.
- Kandungan yang menyalahi undang-undang, memfitnah, menganggu, atau tidak sopan tidak dibenarkan dan boleh dipadam oleh pihak pengurusan.
4. Yuran dan Bayaran
Yuran pendaftaran ahli dan yuran aktiviti (jika berkenaan) diproses melalui gateway pembayaran pihak ketiga (ToyyibPay). Derma sokongan pembangunan aplikasi diproses melalui Stripe dan diberikan secara peribadi kepada pembangun untuk menampung kos hosting, domain dan penyelenggaraan - ia BUKAN sumbangan kepada MAIWP atau mana-mana badan amal, dan tidak layak untuk pelepasan cukai.
Bayaran yang telah berjaya diproses umumnya tidak dikembalikan melainkan atas budi bicara pihak pengurusan MARC bagi kes tertentu.
5. Penggunaan Terlarang
Anda bersetuju untuk TIDAK:
- Menggunakan akaun ahli lain tanpa kebenaran.
- Cuba mengakses sistem atau data yang bukan hak anda.
- Menyalahgunakan ciri aplikasi (cth mengimbas kod QR kehadiran bagi pihak orang lain tanpa kebenaran mereka).
- Memuat naik kandungan yang melanggar hak cipta pihak lain.
6. Penafian
Aplikasi ini disediakan "sebagaimana adanya" tanpa sebarang jaminan tersirat atau nyata. Kami tidak menjamin aplikasi ini akan bebas ralat atau tersedia tanpa gangguan pada setiap masa. Sijil, rekod kehadiran dan maklumat lain yang dijana oleh aplikasi adalah untuk rekod dalaman kelab dan bukan dokumen rasmi kerajaan/MAIWP.
7. Had Liabiliti
Setakat yang dibenarkan undang-undang, pembangun aplikasi ini tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian tidak langsung, sampingan atau berbangkit yang timbul daripada penggunaan atau ketidakupayaan menggunakan aplikasi ini.
8. Penamatan Akaun
Pihak pengurusan MARC berhak menggantung atau menamatkan akaun yang melanggar Terma dan Syarat ini, atau atas sebab keahlian kelab yang berkaitan.
9. Perubahan Terma
Terma dan Syarat ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Penggunaan berterusan aplikasi selepas kemas kini bermakna anda bersetuju dengan terma yang dikemas kini.
10. Undang-undang Terpakai
Terma dan Syarat ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.
11. Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan berkaitan Terma dan Syarat ini boleh dihubungi melalui pihak pengurusan MARC dalam aplikasi, atau pembangun melalui hafizbahtiar.com.