Dasar Privasi
Dikemas kini: 16 Ogos 2026
1. Pengenalan
Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana aplikasi MARC ("kami", "aplikasi ini") mengumpul, menggunakan dan melindungi maklumat ahli Kelab Sukan dan Rekreasi MAIWP ("MARC"/"kelab") yang menggunakan aplikasi ini. Aplikasi ini dibangunkan secara sukarela sebagai projek peribadi oleh pembangun (Hafiz Bahtiar), dan bukan aplikasi rasmi, tidak diurus, ditaja atau disahkan oleh MAIWP. Dengan menggunakan aplikasi ini, anda bersetuju dengan amalan yang diterangkan di sini.
2. Maklumat yang Dikumpul
Kami mengumpul maklumat berikut semasa anda menggunakan aplikasi:
- Maklumat akaun - alamat emel, nombor telefon, dan kata laluan (disimpan dalam bentuk hash, bukan teks biasa).
- Maklumat profil - nama paparan, nombor ahli, gambar profil (jika dimuat naik), dan peranan/status keahlian.
- Kandungan yang anda cipta - post, komen, dan gambar yang anda kongsi dalam aplikasi.
- Maklumat aktiviti - pendaftaran aktiviti kelab, rekod kehadiran, dan sijil penyertaan yang dijana.
- Maklumat bayaran - rekod transaksi (jumlah, mata wang, status, rujukan gateway) bagi yuran pendaftaran, yuran aktiviti dan derma.Kami TIDAK menyimpan nombor kad kredit/debit atau butiran perbankan anda - bayaran diproses terus oleh penyedia gateway pembayaran (ToyyibPay dan Stripe).
- Token notifikasi peranti - untuk menghantar push notification melalui OneSignal.
- Jejak audit - rekod tindakan pentadbiran (cth kelulusan ahli, perubahan peranan) untuk tujuan akauntabiliti dan keselamatan.
3. Bagaimana Maklumat Digunakan
Maklumat yang dikumpul digunakan semata-mata untuk:
- Mengesahkan identiti dan menguruskan akaun ahli.
- Memproses kelulusan keahlian, pendaftaran aktiviti dan penerbitan sijil.
- Memproses bayaran yuran dan derma yang anda buat sendiri.
- Menghantar notifikasi berkaitan aktiviti kelab dan status akaun anda.
- Mengekalkan keselamatan aplikasi dan menyiasat sebarang penyalahgunaan.
Kami tidak menjual atau menyewakan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan pengiklanan.
4. Perkongsian dengan Pihak Ketiga
Sebahagian fungsi aplikasi bergantung kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga berikut, yang menerima maklumat terhad mengikut keperluan fungsi masing-masing:
- ToyyibPay dan Stripe - pemprosesan bayaran.
- OneSignal - penghantaran push notification.
- Cloudflare R2 - storan gambar (profil, post, sijil).
- Resend - penghantaran emel (pengesahan akaun, resit).
Setiap penyedia ini mempunyai dasar privasi mereka sendiri dan hanya menerima maklumat yang perlu untuk fungsi yang berkaitan.
5. Keselamatan Data
Kata laluan disimpan dalam bentuk hash (bukan teks biasa), akses kepada data ahli dihadkan mengikut peranan (ahli biasa vs pihak pengurusan), dan setiap tindakan pentadbiran berkaitan keahlian direkod dalam jejak audit. Walaupun kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi maklumat anda, tiada sistem yang selamat sepenuhnya - kami tidak boleh menjamin keselamatan mutlak.
6. Tempoh Simpanan
Maklumat akaun dan keahlian disimpan selagi akaun anda aktif. Rekod bayaran dan jejak audit disimpan untuk tempoh munasabah bagi tujuan operasi, akauntabiliti dan keperluan rekod kewangan, selepas itu dipadam atau disaring secara berkala.
7. Hak Anda
Anda boleh mengemas kini maklumat profil anda (nama, telefon, gambar) bila-bila masa dalam aplikasi. Buat masa ini, permintaan untuk mengakses, membetulkan atau memadam maklumat akaun anda perlu dibuat secara terus kepada pihak pengurusan MARC atau pembangun aplikasi (lihat bahagian Hubungi Kami) - ciri padam akaun sendiri di dalam aplikasi belum tersedia.
8. Kanak-kanak
Aplikasi ini ditujukan untuk ahli kelab dewasa dan tidak dirancang khusus untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun.
9. Perubahan kepada Dasar Ini
Dasar Privasi ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan ketara akan dipaparkan dalam aplikasi atau di laman web ini.
10. Hubungi Kami
Untuk soalan berkaitan privasi atau permintaan berkaitan data anda, hubungi pihak pengurusan MARC melalui aplikasi, atau pembangun melalui hafizbahtiar.com.